Bahrin Samah’s Registered & Protected Web Page
http://sembangherba.blogspot.com/-
All Rights Reserved
-
Sun Nov 08 00:20:34 UTC 2009
-
SEMBANG-SEMBANG HERBA
-
My Registered & Protected Copyright: http://sembangherba.blogspot.com/
-
Makan Herba Minum Herba Mimpi Herba 24 jam Sembang Herba skip to main | skip to sidebar . Laman Utama Buku-buku tulisan Saya Nutrisi Holistik Perhidmatan Cikguherba "Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka." Sudut Antropologi Kebudayaan www.worldconcern.org/stoptraff icking See undercover video taken by police, better understand why it happens, and who is doing it. It highlights the heartbreaking reality of child trafficking arou... HerbalGram Sebuah jurnal bertaraf profesional terbitan American Botanical Council yang memuatkan informasi dalam bidang hebalisme ditulis oleh herbalis-herbalis dan saintis alternatif terkemuka. Jurnal HerbalGram Journal of Ethnopharmacology Membantu dalam pertukaran informasi dan pengetahuan terhadap penggunaan tumbuh-bumbuhan, kulat, haiwan, mikroorganisme dan mineral oleh manusia. Kesan-kesan secara biologi dan famakologi dibincangkan berdasarkan terapan piawaian antarabangsa. Journal of Ethnopharmacology. Journal of Chinese Integrative Medicine Jurnal terkemuka mengandungi artikel-artikel hasil kajian sains terhadap herba China: http://www.jcimjournal.com/en/index.aspx Jim Duke's Green Pharmacy Laman web mengandungi info berkaitan etnobotani milik seorang pakar etnobotani tesohor Amerika, Dr. James A Duke. Green Pharmacy. Coretan Terbaru Saya dalam Emel Anda? Setiap kali coretan terbaru saya tersiar dalam weblog ini, ia akan dihantar secara otomatik ke peti emel anda. Tugas ini dikendalikan oleh Feedburner, jadi saya tidak mengetahui alamat emel anda. Buku-buku tulisan Cikguherba di Pasaran Sila klik imej untuk mengetahui imbasan isi buku-buku tulisan saya. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Extremely Rare Case! WASHINGTON, D.C. - A few weeks ago, Desiree Jennings was training for a half marathon. Now, she's struggling to walk, talk and even eat. According to the Loudoun Times-Mirror , Jennings, who has b... WASHINGTON, D.C. - A few weeks ago, Desiree Jennings was training for a half marathon. Now, she's struggling to walk, talk and even eat. According to the Loudoun Times-Mirror , Jennings, who has b... Very Sad: Cheerleader Gets A Flu Shot & Now She Can Only Walk Backwards! Experts claim serious side effects of flu shots amount to about one in a million - well this is what that one in a million looks like. This has freaked me out enough to bypass flu shots in the futu... Custom Search Menggunakan Herba untuk Mencegah atau Menyembuhkan Selsema Babi? Sila klik imej dan dapatkan ebook bertaraf antarabangsa saya. hari ini. Herbalis S. Bahrain, RH (AHG) Air Buah Naga Tipu [5:28 PM | ] tags: buah naga, menipu, tidak jujur : ) “Aku pantang betul kalau orang minum.” Itulah kenyataan dari emak angkat yang diterima oleh oleh seorang pemuda berbangsa India berugama Hindu. Emak angkatnya berugama Islam. Beliau menumpang kasih sayang dengan menyewakan bilik kepada beberapa orang pemuda Melayu. Pemuda India tersebut baru saja menyewa bilik di rumahnya dan beliau dapati pemuda tersebut telah melanggar peraturan. Kali pertama pemuda India ditangkap ialah pada jam 2 pagi. Beliau balik dan tehendap-hendap masuk. Apabila beliau membuka pintu dan menjengah ke dalam melihat kalau-kalau emak angkatnya sedang menunggu beliau atau sedang tidur. Rupa-rupanya emak angkat berada di halaman! Haha. Pada jarak sedepa, emak angkat berkata, “Aii….. Kuat beno bau ni? Engkau minum, ye?” “Saya minum sikit je dan tak mabuk.” Itulah sedikit sedutan dari sebuah drama yang saya tonton dikaca tv kelmarin. Malam Sabtu, kami pergi makan di sebuah restoran terkemuka di ibu kota. Setelah membelek-belek menu, saya terpikat dengan air buah naga. “Air buah naga ni fresh ke tak, dik?” Saya bertanya kepada pelayan yang datang mengambil pesanan. “Fresh, encik. Kalau tak kami beritau tak.” Saya memandang ke wajahnya dan berkata, “Pakcik sengaja tanya. Sebab….. hotel-hotel pun kadang-kadang kita minta air buah dia beri yang dibuat dari kordial.” Pemuda tersebut tersenyum dan wajahnya tidak kelihatan sebarang perubahan yang menunjukkan beliau menyembunyikan sesuatu. “Ok. Pakcik nak air buah naga satu.” Tempat buat air hanya beberapa meter dari meja kami. Saya nampak dengan jelas gelas-gelas disusun dan saya juga nampak sebotol sirap pekat dengan warna merah yang biasa kita temui di pasaraya. Beberapa minit kemudian seorang pelayan wanita menatang sebuah dulang berisi beberapa gelas minuman menuju ke meja kami. Sejak awal dia bertolak dari stesyen menyediakan air, hati saya berkata sesuatu, ‘Malam ini aku minum air sirap.” Setelah air buah naga diletakkan di atas meja di hadapan saya, saya pun memerhatikan warna air secara keseluruhan. Di bahagian paling bawah terdapat warna hitam. :) Wah….. biji buah naga. Mari sama-sama kita lihat apa yang jadi seterusnya. Saya jenguk ke dalam gelas. Tak apa. Saya teguk beberapa teguk. Sah! Bukan air buah naga. Saya minta isteri dan dua orang anak saya merasanya. Anak saya yang sulung dapat membezakannya. Ia bukan air buah naga. Isteri kata kan rasanya masam macam buah naga. Saya kata isi buah naga ada tiga warna. Pertama putih, kedua merah jambu cerah, ketiga merah keunguan. Warna air tersebut langsung tidak sama seperti warna-warna yang saya sebut. Saya cedok hampas di dasar dan saya dapati ia terdiri dari agar-agar Sabah dan biji Selasih! Biji Selasih dibubuh konon untuk menunjukkan air saya disediakan dari buah naga Ori. Sebab? Biji buah naga hampir sama dari segi saiz dan warna dengan biji Selasih! Malas nak bertekak. Cuma, pantang saya ialah jika saya mengharapkan sesuatu tetapi yang saya terima tidak seperti yang dijanjikan, saya piss off. Tahan. Tak perlu beritau supervisor. Di mana restoren tempat kami makan? Di Pusat Membeli Belah Ampang Park. Telah beroperasi lebih kurang 30 tahun atau lebih, mempunyai lebih 30 orang pekerja pada satu-satu masa. Air sirap tersebut tidak kuminum. Saya hanya minum air sejuk. Untuk menyejukkan hati barangkali. Herbalis Bahrain, RH (AHG) SEMBANG-SEMBANG HERBA www.sembangherba.blogspot.com Apabila dokumentari diinterpretasi dari sudut tertentu [10:41 PM | ] Pagi ini ketika sedang menulis, telinga saya sesekali terfokus kepada dialog-dialog tertentu di televisyen. Salah satu yang menarik perhatian ialah sebuah dokumentari pendek teritan Filem Negara Malaysia. Judulnya ialah ‘Yang Tua menyayangi yang Muda, Yang Muda menghormati yang Tua.’ Bukan sekali ditayangkan, malahan berkali-kali. Hari ini saya berusaha untuk memberi sedikit pandangan mengenai dokumentari tersebut. Seorang pemuda sedang memandu kereta di sebuah jalan kampung. Beliau membelek atau melakukan sesuatu yang menyebabkan matanya memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukannya. Jadi, penglihatannya terlepas dari sebarang keadaan di atas jalan yang sepatutnya beliau berikan tumpuan ketika memandu. Sebaik-baik sahaja beliau selesai, mata beliau kembali melihat ke hadapan. Pada masa yang sama rupa-rupanya beliau pada bila-bila masa akan melanggar seorang lelaki tua yang sedang mengayuh basikal pada rah yang sama. Beliau pun menekan brek. Pakcik tersebut susup sasap ke bahagian tepi jalan dan jatuh bersama basikalnya. Dua orang pemuda kampung yang berada di tempat kejadian segera bergegas membantu pakcik tersebut seraya berkata kepada lelaki yang yang hampir melanggar pakcik tadi, “Marilah tolong………” Dengan menjengah keluar tingkap kereta yang diturunkan cermin lelaki berkereta tersebut berkata,” Bukan salah aku………” dengan muka sombong dan rasa tidak bersalah. Paparan seterusnya menunjukkan lelaki tersebut sedang berada di sebuah ruang tamu rumah kampung. Seorang wanita muda sedang melayaninya menyajikan air minuman. Lelaki tersebut bertanya, “Mana ayah awak.” “Ayah keluar, Kejap lagi dia balik.” “Assalaamu3alaikummmm!” Ayah telah balik dan wanita muda (anaknya) menyambut ayah dengan berjalan ke muka pintu. Anak teruna yang datang berkereta tadi melihat ke pintu dan dapati ayah kenalannya rupa-rupanya ialah orang yang hampir dilanggarnya dalam perjalanan ke rumah tersebut. Pada masa yang sama pakcik menunjukkan lengannya yang melecet dan berdarah separuh kering. Beliau melemparkan pandangannya ke arah pemuda yang sedang duduk di kerusi ruang tamu. Wajah teruna tersebut kelihatan terkejut. “Maafkan saya, pakcik.” Teruna tersebut datang ke pintu dan menghulurkan tangan meminta maaf kepada pakcik terhadap kejadian yang berlaku tadi. Pakcik tidak menjawap sepatah pun. Dokumentari ditamatkan dengan ungkapan “Yang Tuan menyayangi yang Muda, Yang Muda menghormati Yang Tua.” Beberapa perkara yang perlu dicontohi ialah pakcik tidak kelihatan untuk memarahi anak teruna. Yang kedua anak teruna datang meminta maaf terhadap kelakuannya. Adakah perbuatan pakcik tersebut (tidak kelihatan untuk memarahi siteruna) melambangkan beliau menyayangi yang muda? Adakah pebuatan meminta maaf teruna tersebut melambangkan bagaimana beliau menghormati yang tua? Mungkinkah pakcik tersebut sengaja tidak memarahi anak teruna tersebut sebagai langkah memberi peluang kedua kepada anak teruna? Timbul soalan. Apakah karakter sebenar anak teruna tersebut? Jika beliau tergamak meninggalkan orang yang hampir dilanggarkan terbongkang, adakah perangainya setakat di tempat kejadian? Tidakkah itu boleh melambangkan bahawa perangainya memang sebegitu pada kebanyakan masa? Bagaimana agaknya jika pakcik tersebut mempunyai karakter yang berbeza dari yang didepksi dan dirancang/luluskan skripnya oleh Filem Negara? Contohnya katakan pakcik tersebut terus tidak lalu untuk melihat muka teruna tersebut apatah lagi membenarkannya berkawan dengan anak wanitanya? Bagaimana agaknya kalau sipakcik berkata begini,” Boleh tolong beredar sekarang tak. Dan saya tak mahu lihat muka awak sampai bila-bila.”? Apakah pesan tersurat dan tersirat yang Filem Negara cuba sampaikan agaknya? P/S isteri saya kata, perbuatan teruna tersebut membiarkan pakcik dan sombong ialah karakternya. Kalau ia benar-benar belaku, sesiapa pun tak sepatutnya tidak membenarkan anak perempuan/wanita mereka terus berkawan dengan teruna seperti itu. Untuk jadi menantu? Jauh panggang dari api. P/S2 Ungkapan yang tertera sebagai judul dokumentari sebenarnya ialah sebuah hadits Nabi SAW. Herbalis Bahrain, RH (AHG) SEMBANG-SEMBANG HERBA www.sembangherba.blogspot.com Maksud yang betul untuk istilah Degeneratif [6:50 PM | ] Susah. Kamus Dewan masih tak cukup istilah Inggeris atau bahasa asing yang diMelayukan. Saya selak buku Serangan Jantung saya dan saya dapati editor telah mengubah istilah asal yang saya gunakan iaitu degeneratif kepada keturunan (halaman 183, buku Serangan Jantung). Wahai………………….. Degeneratif bukan keturunan deok oi! Bila saya katakan saya guna kamus perubatan DBP mereka tak terima. Mereka kata, pembaca akan tertanya-tanya apabila menemui istilah-istilah yang diMelayukan dan tidak dijumpai dalam Kamus Dewan. Sekarang. Mengapa majalah-majalah Karangkraf menggunakan istilah-istilah yang tiada dalam Kamus Dewan. Karangkraf ialah syarikat induk kepada syarikat yang menerbikan buku saya Serangan Jantung. Yang tiada dalam Kamus Dewan bukan bahasa ke? DBP pula dari satu sisi, seperti yang pernah saya suarakan dari semasa ke semasa, agak perlahan dari segi mengemaskini istilah-istilah baru. Lihatlah istilah-istlha Indonesia, walau pada kita banyak istilah pinjam tetapi istilah mereka evolving. Hm……. Nak komen banyak pasal editor tak boleh. Mereka dah tolong banyak. Manuskrip yang saya tulis memang disemak berkali-kali oleh saya. Saya sendiri menyemak ketika 3rd proofing, pun terlepas pandang istilah degeneratif telah diubah oleh editor kepada keturunan. Dari sisi lain saya dapati editor (menjalani praktikal) kurang pendedahan kepada bahan-bahan bacaan berkaitan kesihatan. Maksud degeneratif (asal: degenerative) ialah yang menyebabkan, berkaitan atau mempunyai sifat degenerasi (mengganggu dan merosakkan organ sistem tubuh) contohnya penyakit-penyakit berinflamasi (keradangan) termasuk pembentukan plak berlemak dalam arteri , arthritis. Penyakit-penyakit seperti diabetes dan kanser juga merupakan penyakit degeneratif.P/S Bekerja dengan orang yang mudah berkomunikasi lebih mudah menjernihkan keadaan dan hasil yang lebih baik Herbalis Bahrain, RH (AHG) SEMBANG-SEMBANG HERBA www.sembangherba.blogspot.com Older Posts Latar Belakang Blog Blog ini membincangkan isu kehidupan temasuk karakter manusia, persekitaran, dan gaya hidup. Cikguherba berteori bahawa interaksi seseorang dengan persekitaran dalam kehidupan seharian selain sikapnya dalam menjalani kehidupan merupakan aspek penting yang mempengaruhi kesihatan fisikal, intelektual, psiko-emosi, serta kerohanian. Herbalisme menjadi lebih lengkap jika diamalkan secara holistik merangkumi elemen-elemen yang disebutkan. Kenali Cikgu Herba Herbalis Bahrain, RH (AHG): Herbalis Asia pertama dan satu-satunya herbalis Malaysia yang menerima tauliah herbalis profesional (bertaraf dunia) dari The American Herbalists Guild (April 2008). Lulusan Master Herbalist Diploma (kepujian) dari American College of Healthcare Sciences, Amerika Syarikat. Bertugas sebagai perunding nutrisi holistik, pendidik, penulis, kolumnis. Kebahagiaan untuk Pasangan Suami Isteri EXERCISING THE PENIS. "Saya hidup dengan zakar saiz kecil selama bertahun-tahun. Saya memikirkan bagaimana saya boleh membesarkannya tanpa menjalani pembedahan atau menggunakan tiub vakum. Sekarang panjang zakar saya bertambah 2 inci dan ukulilit 1 inci. Hari ini perasaan seronok dikongsi bersama isteri saya."-- Chris, 47, sebelum: 5.5" Panjang X 4.5" Ukurlilit, Selepas: 8" X 5.5". Lemak, Kolesterol , Sakit Jantung Cholesterol levels in the UK have reduced - but more people are getting heart disease. People with low 'bad' cholesterol are more likely to have heart disease than people with high levels. This cli... Mitos mengenai Kolesterol dan Kesan Ubatan Merendahkan Kolesterol Paul Rosch, MD Talks about the Dangers of Cholesterol-Lowering Drugs and the myths of Cholesterol. Dr. Rosch will focus on the subtle yet serious and unappreciated dangers of cholesterol-lowering ... Bahagian 1, Dr. B.J. Hardick teaches in his Maximized Living Makeover that high cholesterol is NOT the cause of heart disease or heart attacks. He also urges patients to understand the numerous dangerous side... High cholesterol does NOT cause heart disease or heart attacks! Did you know that 60-70% of heart attack victims have NORMAL cholesterol levels? The cholesterol myth has done nothing to reduce heart disease. As saturates fat inta... Cholesterol: What Your Doctor Didn't Tell You, High cholesterol is bad, right? Not always! In this week's UltraWellness blog, Dr. Mark Hyman explains the surprising truth about cholesterol and tells you which tests you really need to determine ... Why having high cholesterol isn't always bad Kolesterol Tinggi dan Kekebalan (Imuniti) Immune modulators normalize cholesterol. 90% effective in 30 days. Discovery that immune competence strongly influences blood lipids is important for millions of Americans with elevated heart di... Immunity and High Cholesterol, Untuk mengetahui mengenai kolesterol dari perpspektif yang berbeza dari yang biasa anda dengar dan bagaiman anda boleh mencegah dan meredakan plak berlemak dalam arteri jantung sila dapatkan buku SERANGAN JANTUNG tulisan saya hari ini. Pautan Berguna SENARAI PAUTAN - Klik Anak Panah Terjemahan Quran Cholesterol-Heart Disease Theory Sceptics The Cholesterol Myth by Dr. Ravnskov News Reports on Holistic Nutrition Modern Drugs kill more people than Illegal Drugs Diabetes can be Cured Naturally powered by free-ebooks.net Takut dengan Makanan Berkolesterol dan Lemak Tepu? Makanan berlolesterol dan lemak tepu bukan punca penyebab penyakit jantung. Anda ditakut-takutkan dengan konon minyak jenis poli tidak tepi tiada kolesterol dan minyak tepu menyebabkan pembentukan kolesterol dalam tubuh. Hakikatnya paras kolesterol meningkat berpunca dari antara lain kerosakan yang berlaku pada selaput endotelium dalam arteri atau pada membran sel. Kandungan buku SERANGAN JANTUNG Dapatkan buku saya SERANGAN JANTUNG hari ini. Anda akan dapati bahawa kolesterol bukan satu-satutnya bahan penampal selaput endotelium arteri yang rosak. Kerosakan selaput endotelium berpunca dari pelbagai faktor termasuk lemak trans, radikal bebas dari pelbagai faktor, kekurangan vitamin C, kekurangan beberapa amino asid tertentu, teruk berkerja secara fisikal (arteri jantung) dan lain-lain. High cholesterol is bad, right? Not always! In this week's UltraWellness blog, Dr. Mark Hyman explains the surprising Truth about Cholesterol. The Myth of Cholesterol, a video produced by Dr.Heath Motley WEBLOG SAYA YANG LAIN Herbalisme Nutrisi Holistik Artikel Dunia Herba Buku-Buku Tulisan Cikgu Herba Resepi Cikgu Herba Itqan Labels Abdul Ghani Ahmad (1) amalan (2) anak bertuah (1) antipenuaan (1) antiseptik alternatif (1) antivirus alternatif (1) aromaterapi (1) artis cat air (1) atherosclerosis (1) awet muda (2) bahasa (1) ballooning (1) batuk (1) berjimat (1) bersin (1) buah naga (1) bubur (1) budaya (3) bunga kekwa (1) buruk sangka (1) cakap tak serupa bikin (1) cerita hantu (1) cerita hindustan (1) cili api (1) cinta (2) conformist (1) crysanthemum (1) cuci darah (1) cuka epal (1) cumbuan (1) dadah perangsang (1) daun ketum (1) degil (1) diabetes (4) disiplin (1) dos (1) dos Misai Kucing (1) epal (1) epal hijau (1) ereksi (1) ereksi lama (1) gaya hidup (1) glukos tinggi (2) gula tinggi (2) H1N1 (2) hati sesak (1) herba (4) herba astringen (1) herba H1N1 (1) herba selsema babi (1) hiburan mengarut (1) hiburan merepek (1) hinggu (1) hubungan biologi (5) hubungan seks (5) ikan bakar (2) impoten (1) inflamasi (1) influenza A H1N1 (3) insomnia (1) Jalan-jalan cari makan (1) jamu (1) jurufoto (1) kahwin sebaya (1) kanser payudara (2) kasih-sayang (2) kayu tiga (1) kebahagiaan (2) kebersihan (1) kebolehan (1) keburukan diuretik (1) keburukan masturbasi (2) keburukan melancap (2) kekurangan ilmu (1) kencing manis (1) kepenggunaan (1) keradangan (2) kerap buang air kecil (1) kesan asap rokok (1) ketagihan (1) kezaliman (1) khasiat epal n jus oren (1) klimaks (1) kolesterol (1) kurang ajar (1) kurang iman (1) lemak tepu (1) Lempuni Hitam (1) Lemuni (1) libido (5) lucu (1) makanan laut (1) maksud degeneratif (1) manfaat herba (1) masalah ereksi (1) mati pucuk (1) mayat (1) mekanisme pembentukan kanser (1) melancong (1) membesarkan zakar (4) menghentikan pendarahan (1) menipu (1) meridien (1) merokok (1) migrain (1) mindset (1) nafsu (1) nafsu perut (1) nakal (1) narkotik (1) nasi ganja (1) nasi kandar (1) oren (1) pak turut (1) pakaian (1) panjang umur (2) paradigme (1) paras gula tinggi (1) peluang kedua (1) pemakanan (1) Penang (1) penawar H1N1 (1) penawar selsema babi (1) pendek akal (1) penis (4) pentingkan diri (1) perkahwinan Pakistan (1) petua (1) Petua H1N1 (4) petua selsema babi (4) plak aterosklerosis (1) propaganda media (1) puasa (1) Pulau Pinang (1) radikal bebas (1) rasa makanan (1) rawatan alternatif (2) rawatan alternatif H1N1 (2) rawatan alternatif selsema babi (1) rawatan H1N1 (2) rawatan selsema babi (3) resepi (1) rumah tangga (2) sakit jantung (2) seksualiti (4) selera seksual (1) selsema (1) selsema babi (5) semia (1) serakah (1) serangan jantung (1) sholat (1) sikap (1) silaturahmi (1) sistem kekebalan (1) sistem reproduktif (1) sombong (1) suami penyayang (3) sukar mencapai orgasme (1) sukar orgasme (1) sukatan (1) sunnah nabi (1) swine flu (1) tag: influenza A H1N1 (1) tandas bersih (1) tegangkan penis (1) tegangkan zakar (6) teh (2) teknik bercumbu (1) teknik bersetubuh (1) teknik hubungan kelamin (1) teknik rebusan (2) tidak jujur (1) tips H1N1 (4) tips selsema babi (2) Tongkat Ali (2) topeng muka (1) Ubi Jaga (1) ulam raja (1) urut zakar (5) vagina (5) vaksin H1N1 (1) vaksin selsema babi (1) zakar (3) Blog Archive ▼ 2009 (145) ▼ November (1) ▼ Nov 01 (1) Air Buah Naga Tipu ► October (9) ► Oct 31 (2) Apabila dokumentari diinterpretasi dari sudut tert... Maksud yang betul untuk istilah Degeneratif ► Oct 28 (1) E-book Saya - Herbal Remedies for Swine Flu ► Oct 22 (2) Vaksin H1N1 - Sejauh mana Ia Membantu? Tergigit Lidah ► Oct 14 (1) Beraneka jenis Tandas ► Oct 05 (1) Wanita ke 13 ► Oct 04 (1) Bukan Jurufoto Profesional ► Oct 02 (1) Semua Guna Cili Api ► September (7) ► Sep 28 (1) Bahasa Fiji ► Sep 10 (3) Hinggu dipercayai boleh Merawat Selsema Babi (Infl... Minyak Esensial dipercayai Mampu Membunuh virus in... Gerai Makan Kak Ani ► Sep 03 (2) Cuka Epal redakan Selsema Babi (influenza A H1N1)?... Lidah Terbelah ► Sep 02 (1) 3,000 Pasang Kasut ► August (8) ► Aug 27 (1) Puasa - Ketagihan Rokok, Kafina, Makanan Karbohidr... ► Aug 21 (1) Nasi Ganja dan Daun Ketum ► Aug 17 (1) Hamba Zaman Moden ► Aug 15 (1) Topeng Muka ► Aug 11 (2) Senyum dan Hatimu Epal Hijau & Jus Oren bantu Rawat Selsema Babi (In... ► Aug 09 (1) Kasih Sayang Milik Semua ► Aug 01 (1) Isteri Sukar Berorgasme ► July (10) ► Jul 31 (1) Artis Abdul Ghani Ahmad - Diplom"Art" Exhibition F... ► Jul 30 (1) Sukar Berorgasme ► Jul 27 (2) Nasi Beratur Perahu Retak ► Jul 14 (1) Nyaris Maut akibat Minum Cecair Peluntur ► Jul 13 (1) Tongkat Ali Beracun? ► Jul 12 (1) Cara Guna Misai Kucing ► Jul 10 (1) Tercodak ► Jul 09 (1) Lempuni Hitam ► Jul 06 (1) Makanan Lazat ► June (5) ► Jun 24 (1) Awas - Gula Tinggi dan Kanser Payudara ► Jun 18 (1) Doktor Hairan - Plak Berlemak dalam Arteri Jantung... ► Jun 16 (1) Cerita Hantu di TV – Mana Kementerian Penerangan? ► Jun 10 (2) Sholat di Gereja Semia ► May (11) ► May 31 (1) Teknik Tegangkan Zakar - Bahagian 4 ► May 30 (1) Mi Rebus Ipoh ► May 24 (1) Sandwic Ayam-Ulam Raja ► May 22 (1) Sehidup semati ► May 19 (1) Isteri - Kekasih Dunia Akhirat ► May 16 (1) Teknik Tegangkan Zakar - Bahagian 3 ► May 09 (1) Gelombang ► May 07 (1) Sekitar Istilah Zakar ► May 05 (1) Sisa ► May 04 (1) Joa ► May 01 (1) ► April (13) ► Apr 28 (1) ► Apr 27 (1) ► Apr 25 (1) ► Apr 22 (1) ► Apr 21 (1) ► Apr 20 (1) ► Apr 19 (1) ► Apr 16 (2) ► Apr 15 (1) ► Apr 10 (1) ► Apr 07 (1) ► Apr 05 (1) ► March (81) ► Mar 28 (38) ► Mar 27 (37) ► Mar 21 (6) Feedjit Live Blog Stats Feedjit Live Blog Stats Buku terbaru tulisan Cikgu Herba Akan segera terbit hujung tahun 2009 Copyright 2009 SEMBANG-SEMBANG HERBA - Entries (RSS) - Comment (RSS) - eef562aa3357da5ad16326bcf4920b821ec1f9f605a63cac26263776927480ed
-
(What's this?)
WX86Q-T6LGL-AU8DY

